Beberapa pemain Malaysia mencuba nasib dengan beraksi dalam saingan liga luar negara bagi mengharungi saingan musim 2025/2026.

Salah satu liga yang sentiasa menjadi destinasi utama pemain dari negara ini iaitu Liga Thailand dimana terdapat beberapa pemain yang pernah atau sedang beraksi di sana.

Baca Juga:

Senarai Pemain Malaysia Beraksi Di Liga Thailand Musim Ini

1.Sergio Aguero (Kanchanaburi Power)

Pemain Malaysia
Sergio Aguero

Selepas Sri Pahang tidak beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini, Aguero menjadi pemain terawal yang membawa diri dengan beraksi di negara jiran.

Kanchanaburi merupakan pasukan yang baru dipromosi ke saingan divisyen utama iaitu Thai League 1 dan Aguero dilihat bakal memainkan peranan penting bersama kelab itu.

2. David Rowley (Chanthaburi FC)

Pemain Malaysia
David Rowley

Sama seperti Aguero, Rowley terpaksa mencari mencari kelab baharu selepas Sri Pahang menarik diri dari Liga Malaysia.

Rowley menyertai Chanthaburi FC, kelab yang akan beraksi dalam saingan divisyen dua iaitu Thai League 2 musim ini.