Bekas bintang EPL, Andros Townsend meneroka pengembaraan baharu dalam kariernya dimana beliau sah menyertai kelab Thai League 1, Kanchanaburi Power.
Bekas pemain sayap Tottenham dan Crystal Palace itu telah meninggalkan kelab Turki Antalyaspor dan menyertai Kanchanaburi sebagai ejen bebas.
Pengembaraan Baharu Andros Townsend Di Asia
Langkah terbaru Townsend menyaksikan dia menyertai kelab ke-16 berbeza dalam kerjayanya, memulakan pengembaraan baharu di Asia.

Kanchanaburi Power telah dinaikkan pangkat ke liga divisyen utama Thailand musim lalu selepas memenangi aksi peringkat playoff dengan menewaskan Phrae United.
Townsend mengikut jejak langkah beberapa pemain dari England yang beraksi di Thailand seperti Robbie Fowler, Jay Bothroyd dan Leroy Lita.
Sebelum ini, Kanchanaburi menandatangani pemain skuad Harimau Malaya, Sergio Aguero selepas Sri Pahang menarik diri dari saingan Liga Malaysia musim 2025-2026.

Aguero beraksi selama 3 musim bersama Sri Pahang dimana beliau membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.