Bekas penyerang skuad B-19 Tahun negara, Zafuan Azeman menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air setelah beliau menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dengan gaya Panenka.
Dalam aksi saingan Piala Liga Thailand baru-baru ini, kelab yang diwakili oleh Zafuan iaitu Uthai Thani turun menentang Buriram United yang turut diperkuatkan oleh seorang lagi pemain negara iaitu Dion Cools.
Baca Juga:
- Terengganu FC Nafi Risik Dion Cools Di Buriram United
- RASMI: Safawi, Akhyar Sah Sertai Terengganu
- Jaringan Faisal Halim Diangkat Sebagai Gol Terbaik Piala Asia 2023
Dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir itu, kedudukan terikat 2-2 selepas 120 minit masa bermain dan perlawanan terpaksa diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti.
🇹🇭 Zafuan Azeman was involved in the penalty shootout as he scored a panenka against the Buriram United goalkeeper. pic.twitter.com/OSAZq8CMm1
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) March 14, 2024
Zafuan Azeman ditugaskan untuk mengambil salah satu sepakan penalti dan beliau kemudiannya menjaringkan gol menerusi gaya Panenka yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan.
Akan tetapi, Uthai Thani terpaksa akur dimana mereka tewas dengan keputusan sepakan penalti 3-1 dan mememastikan Buriram layak ke peringkat suku akhir.
Kedua-dua pasukan memiliki nasib yang berbeza dalam saingan Liga Thailand dimana Buriram kini muncul sebagai pendahulu manakala Uthai Thani menduduki tangga ke-12.
Zafuan mula beraksi bersama Uthai pada awal musim ini dimana beliau didaftarkan sebagai pemain tempatan ekoran mempunyai kad pengenalan Thailand yang diperoleh menerusi ibunya yang berasal dari negara itu.
Sebelum ini, Zafuan pernah beraksi di divisyen tiga Thailand bersama Angthong United namun nasib tidak menyebelahi dirinya kerana dunia dilanda pandemik Covid-19 dan pihak kelab terpaksa melepaskan beliau.