Terkesan dengan boikot Starbucks, Berjaya Food Bhd (BFood) alami kerugian pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023. Nilai kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BFood berkata kerugian bersih terutamanya disebabkan oleh jualan lebih rendah dicatatkan dan kerugian sekali saja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu, pendapatan kumpulan merosot 38 peratus kepada RM182.55 juta daripada RM295.32 juta sebelumnya, petik Berita Harian.

“Penurunan pendapatan kebanyakannya adalah disebabkan boikot berkaitan konflik di Asia Barat,” kata BFood.

Bagi tempoh enam bulan, kumpulan merekodkan kerugian bersih RM23.55 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM70.18 juta, manakala pendapatan susut 20 peratus kepada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta.

Mengenai prospek, lembaga pengarah berpandangan bahawa prestasi operasi Berjaya Food akan menunjukkan peningkatan bagi baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

“Tambahan lagi, lembaga pengarah percaya bahawa prestasi operasi akan pulih dan meraih momentum, melihat situasi semasa sebagai bersifat jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif menuju ke hadapan,” tambahnya.

Terdahulu, satu nota penyelidikkan menjelaskan bahawa proses pemulihan selepas boikot juga mungkin tidak mudah dan Berjaya Food memerlukan usaha yang besar untuk mendapatkan semula keuntungan yang hilang, ditambah pula dengan persaingan yang sengit.

Sumber