Cermin kereta bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim dipecah oleh individu tidak dikenali dimana kejadian tersebut berlaku di pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini dikongsikan oleh Safiq sendiri menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana cermin bahagian belakang kereta jenis Honda City Hatchback miliknya telah dipecahkan.

Baca Juga:

Dalam perkongsian tersebut, Safiq serta merta membuat laporan polis dimana dalam laporan tersebut menyatakan ada dua individu yang menaiki motosikal datang ke arahnya dan kemudian memecahkan cermin bahagian belakang dengan sebuah tukul.

Malah, si penyerang sempat menunjukkan senjata yang digunakan ke arah Safiq Rahim sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Insiden ini berlaku tiga hari selepas pemain sayap negara, Faisal Halim disimbah asid dan seorang lagi pemain, Akhyar Rashid yang disamun di kawasan kediamannya lebih kurang seminggu lalu.