UEFA akhirnya mengeluarkan hasil siasatan mereka ke atas Gianluca Prestianni.

Beberapa bulan lalu, Prestianni terlibat dalam kontroversi dengan Vinicius Jr di tengah padang. Vinicius Jr mendakwa pemain Benfica itu rasis dan menggelarkannya monyet.

Perlawanan ketika itu ditangguhkan selama kira kira 10 minit.

Prestianni menafikan dakwaan tersebut. Namun UEFA memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.

Prestianni menutup mulutnya dengan baju ketika dia mengatakan sesuatu kepada Vinicius.

Vini Jr segera memberitahu pengadil bahawa Prestianni mengeluarkan kata kata rasis ke atasnya.

Prestianni konsisten mempertahankan dirinya tidak pernah rasis ke atas Vinicius. Sebaliknya dia mengaku ada menggelarkan Vinicius dengan panggilan yang berbaur hom*fobik.

Dan terbaru, UEFA telah mengenakan penggantungan 6 perlawanan ke atas Prestianni, namun bukan kerana kenyataan rasis, sebaliknya kerana dia menggunakan ejekan berbaur hom*fobik ke atas Vini Jr.

Jadi, Prestianni bukannya mengeluarkan kata kata rasis seperti didakwa Vinicius. Sebaliknya dia menggelarkan Vinicius sebagai g*y.

Ianya melanggar Artikel 14 dalam peraturan disiplin UEFA menyatakan bahawa garis panduan hukuman bagi kesalahan rasis dan penghinaan anti-g*y adalah sama.

Ia berbunyi: “Mana-mana entiti atau individu yang tertakluk kepada peraturan ini yang menghina maruah seseorang atau sekumpulan individu atas apa jua alasan, termasuk warna kulit, bangsa, agama, asal etnik, jantina atau orientasi seksual, akan dikenakan penggantungan sekurang-kurangnya sepuluh perlawanan atau untuk tempoh masa tertentu, atau apa-apa hukuman lain yang bersesuaian.”