Pemain tengah Sepanyol, Pedri memaafkan Toni Kroos selepas pemain Jerman itu menjadi punca beliau terpaksa melupakan baki temasya UEFA Euro 2024.
Pedri mengalami kecederaan di bahagian lutut selepas menerima terjahan keras dari Toni Kroos pada awal separuh masa pertama ketika aksi suku akhir antara kedua-dua pasukan.
Baca Juga:
- Euro 2024: Senarai Empat Pasukan Mara Ke Separuh Akhir
- Euro 2024: England Ke Separuh Akhir Selepas Atasi Switzerland Melalui Penentuan Penalti
- Euro 2024: Tewas Kepada Perancis, Ronaldo Ucap Selamat Tinggal
Kroos meminta maaf secara terbuka kepada bintang muda Barcelona itu menerusi laman media sosial Instagram miliknya dan permohonan maaf itu diterima dengan baik.

“Terima kasih Kroos untuk mesej anda. Ini bola sepak dan perkara seperti ini boleh berlaku. Karier dan rekod anda akan dikenang sampai bila-bila,” tulis Pedri di laman Instagram miliknya.
Ekoran terjahan keras pada minit ke-8 Pedri mengalami kecederaan di lutut kiri namun akan terus berada di Jerman bagi memberi sokongan kepada rakan sepasukan.
“Saya datang ke Jerman untuk memenangu Euro dan saya akan kekal di sini. Sudah tiba masa saya menyumbang dengan cara lain kepada rakan sepasukan,” tambahnya.
Bagi Kroos pula, aksi menentang Sepanyol merupakan perlawanan terakhir beliau selepas mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak profesional selepas temasya UEFA Euro.
Pemain berusia 34 tahun itu memenangi pelbagai kejuaraan baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa seperti Bundesliga, La Liga, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan yang paling diingati ialah Piala Dunia 2014.