Susulan kontroversi yang melibatkan pelakon Ruhainies bersama Aliff Aziz, jenama terkemuka KITSUI bertindak kaburkan wajah Ruhainies dalam iklan mereka.
Dalam satu kenyataan, KITSUI Malaysia memaklumkan bahawa sesi penggambaran iklan tersebut dilaksanakan sebelum tercetusnya kontroversi terbabit dimana menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.
Baca Juga:
- ‘Saya Jemput Aliff Ke Rumah Untuk Dinner Bersama Keluarga’ – Ini Penjelasan Ruhainies
- ‘Single Banyak, Suami Orang Juga Nak’ – Nama Ruhainies Dipetik Ditangkap Khalwat Dengan Aliff Aziz
- 30 Minit Sahaja, Tak Lama Pun, Kata Ruhainies
Watch on TikTok
Difahamkan, pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023 dan pihak KITSUI meminta maaf atas segala kesulitan serta kekeliruan yang berlaku.
Malah, pihak KITSUI berharap lantaran kontroversi yang berlaku itu tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi terlibat dalam menjayakan iklan ini.
Bukan itu sahaja, pihak KITSUI jika tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat dengan sebarang kelakuan buruk atau kontroversi.