Selepas satu bulan lebih Tesla Model Y dilancarkan dan boleh ditempah secara rasmi di Malaysia, kini Tesla Malaysia menawarkan Model 3 serba baharu (yang dikenali sebagai Project Highland) bermula hari ini.

Menerusi laman web Tesla Malaysia, Model 3 ditawarkan dalam dua varian; model panduan roda belakang berharga RM189,000 dan model pacuan empat roda, dual-motor pula bernilai RM218,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Tesla

Antara perubahan pada kereta EV tersebut adalah ‘perubahan kosmetik’ di mana rekaan luarannya diubah suai lebih slim dan sleek.

Pada bahagian hadapan lampu utama lebih nipis dan tiada lagi lampu kabus. Manakala bahagian belakang pula menggunakan bampar dan lampu serba baharu.

Sumber Gambar: Tesla
Sumber Gambar: Tesla

Tiada perubahan daripada segi prestasi, bagi Tesla Model 3 serba baharu varian asas mempunyai jarak pemanduan sehingga 513km (WLTP), kelajuan maksimum 201km/j dan pecutan 0-100km/j dalam masa 6.1 saat.

Manakala bagi varian pacuan empat roda, dual-motor pula mempunyai jarak pemanduan sehingga 629km (WLTP), kelajuan maksimum 201km/j dan pecutan 0-100km/j lebih pantas yang cuma mengambil masa 4.4 saat sahaja.

Sumber Gambar: Tesla

Pelanggan boleh menempah kedua-dua varian itu dengan 6 pilihan warna, dua jenis saiz roda, kemasan warna kabin dan tambahan fungsi ‘Enhanced Autopilot‘ bernilai RM16,000 dan ‘Full Self-Driving Capability‘ (RM32,000) di laman rasmi Tesla Malaysia.

Dengan kos deposit tempahan RM1,000 (tidak dipulangkan), anda boleh mendapatkan kereta ini pada akhir 2023 ini. Lebih awal berbanding Model Y yang hanya akan dapat pada awal tahun 2024 akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.