Memiliki kelengkapan lengkap menjadi keutamaan homestay lebih menjadi pilihan mereka yang sudah berkeluarga untuk menginap. Lantaran itu, sebelum dan selepas pelanggan menginap di homestay, pemiliki homestay akan memastikan homestay mereka bersih agar tetamu berasa selesa.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zakaria_nazir yang merupakan seorang pemilik homestay telah berkongsi sebuah video dimana menemui sepapan telur yang ditinggalkan tetamunya di homestay miliknya.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
@zakaria_nazir Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe
Apa yang mengejutkan adalah anak itik didapati menetas daripada telur tersebut. Pada awalnya, tetamunya telah meminta untuk dirinya untuk menyimpan telur tersebut kerana akan kembali untuk pertandingan memancing kelak tetapi dia terkejut apabila menghidu bau bangkai ketika masuk ke dalam rumah selepas satu minggu.
Rupa-rupanya anak itik telah menetas dan dia pun mengambil keputusan membawa anak itik itu ke rumahnya serta memaklumkan hal tersebut kepada tetamunya sebelum ini.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa pelik kerana telur terbabit menetas serta menjadi anak itik yang cukup sifat.
Para netizen turut berasa terhibur dengan perkongsian lelaki tersebut dan mengatakan ianya rezeki. Sekadar makluman, telur itik tersebut sebenarnya digunakan oleh tetamunya untuk dicampurkan dengan dedak digunakan sebagai umpan memancing.