Rusuhan terjadi di dalam stadium selepas perlawanan antara dua kelab terkemuka di Liga 1 Indonesia iaitu Persib Bandung yang berjaya menewaskan Persija Jakarta baru-baru ini.
Persib menjamu Persija di Stadium Jalak Harupat dan kerana ini merupakan perlawanan berprofil tinggi, pihak polis tidak membenarkan peminat pasukan lawan untuk datang ke stadium.
Baca Juga:
- Kerajaan Indonesia Setuju Beri Kerakyatan Kepada Mees Hilgers Dan Eliano Reijnders
- Justin Hubner Anggap Malaysia Tidak Setaraf Dengan Indonesia
- Netizen Indonesia Bangga Dapat Beri Pengalaman Terbaik Kepada IShowSpeed Berbanding Malaysia
Selepas wisel penamat dibunyikan, terjadi kekecohan di dalam stadium dimana ada segelintir penyokong yang memukul penjaga stadium yang bertugas dalam perlawanan itu.
Ricuh!
Suporter masuk lapangan usai laga Persib Bandung 2 vs 0 Persija Jakarta (23/9)📍Bandung #Persibday
⚠️Disclaimer
Kericuhan dipicu olh sekelompok Bobotoh yg menuntut kejelasan manajemen atas dugaan pelecehan olh Steward pas kejuaraan Asia kemarin pic.twitter.com/BshQH9FpCX— Miss Tweet | (@Heraloebss) September 23, 2024
Menurut perkongsian media negara itu, kekecohan berpunca dari sekumpulan penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan penjaga stadium yang melakukan pelecehan terhadap penyokong ketika aksi menentang Port FC dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2 minggu lalu.
Dalam video di atas, dapat dilihat penyokong yang masuk ke dalam padang mereka mencari penjaga stadium dan kemudian memukul mereka sebagai tanda protes.
Tindakan ini mendapat kecaman dari ramai pihak khususnya pengelola liga dimana mereka kecewa kerana ada penyokong yang sanggup untuk mencetuskan kekecohan dan memukul penjaga stadium.
Pada 2022, dunia dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan ketika perlawanan antara Arema menentang Persebaya Surabaya.
Seramai 135 penyokong meninggal dunia dan lebih 500 penyokong yang lain mengalami kecederaan ekoran terperangkap dalam timbunan manusia yang cuba melarikan diri selepas polis menembak gas pemedih mata ke tempat duduk penyokong.
Rusuhan dan pergaduhan sudah sebati dengan bola sepak Indonesia baik melibatkan antara penyokong khususnya ketika perlawanan berprofil tinggi atau antara penyokong dengan pasukan keselamatan.
Ketika skuad kebangsaan mereka menampilkan prestasi cemerlang, liga domestik pula sebaliknya dimana sering diwarnai dengan kejadian tidak diingini dan selalu berulang setiap tahun.