Saingan Liga 1 Indonesia berada di kedudukan yang lebih baik berbanding saingan Liga Malaysia dalam ranking yang dikeluarkan oleh laman yang membuat perkiraan mengenai ranking kelab, negara dan juga saingan liga di dunia.

Laman tersebut ialah teamform.com dimana Liga 1 berada di kedudukan ke-38 berbanding Liga Super yang berada di kedudukan ke-39 dalam kalangan ranking liga rantau Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, saingan divisyen dua Thailand iaitu Thai League 2 berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Liga Super dimana liga itu menghuni ranking ke-31, naik satu anak tangga berbanding kedudukan sebelum ini.

Saingan Thai League 1 menjadi liga terbaik di kalangan negara Asia Tenggara dimana liga itu menduduki ranking ke-17 diikuti Liga Vietnam di tangga ke-34. Liga Singapura pula berada di tangga ke-42.

Bagi liga di kalangan negara rantau Asia pula, Team Form meletakkan saingan Liga Korea di tangga pertama diikuti dengan Liga Iran di tangga kedua. Liga Australia berada di tangga ketiga dan mereka dianggap sebagai liga yang lebih baik berbanding saingan Liga Jepun yang menghuni tangga keempat.

Bagi kategori kelab pula, Al-Hilal berada di ranking pertama sebagai kelab terbaik di Asia diikuti dua kelab Iran, Esteghlal di tangga kedua dan Sepahan di tangga ketiga. Kelab yang diperkuatkan oleh Cristiano Ronaldo, Al-Nassr pula berada di tangga keempat.

Juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di tangga ke-198. Kedudukan ini nyata jauh berbeza dengan ranking yang dikeluarkan oleh Opta Analyst dimana JDT berada di berada di kedudukan ke-16 Asia dan nombor satu di Asean.