Thailand merancang untuk mengenakan cukai kepada pengunjung yang memasuki negara itu bermula dengan pelawat yang menaiki penerbangan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementrian pelancongan dan suka negara itu, cukai yang bakal dikenalan ialah sebanyak 300 Baht atau sekitar RM39 seorang.
Baca Juga:
- ‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand TNN
- ‘Berjaga-Jaga Kalau Pergi Selatan Thailand Sempena Cuti Deepavali’ – Ketua Polis Negara
- ‘Ingat Kelakar?’ – Pemandu BMW Thailand Dikecam Turun Dari Genting Highlands Secara Berbahaya
Menterinya iaitu Sorawong Thienthong berkata akan membawa cadangan ini ke mesyuarat kabinet pada Januari 2025 bagi mendapat kelulusan dari semua pihak.
Thailand is expected to start collecting a 300 baht (RM39) travel tax next year, beginning with air passengers, The Bangkok Post reports.
The 300 baht includes an insurance premium for tourists, capped at 60 baht per person, with a protection period of 30 days.
— BFM News (@NewsBFM) October 24, 2024
Cukai tersebut dijangka mengambil masa enam bulan untuk diperhalusi dan sekiranya mendapat kelulusan, maka kerajaan akan membina satu sistem yang mana pengunjung perlu membayar secara atas talian terlebih dahulu sebelum memasuki negara tersebut.
Fasa pertama akan melibatkan pengunjung yang menaiki kapal terbang untuk memasuki Thailand dan fasa kedua pula akan melibatkan pengunjung yang memasuki negara itu melalui jalan darat.
Menurut kementrian terlibat, pengunjung yang masuk ke Thailand dengan jalan udara menyumbang kepada 70 peratus jumlah pelancong yang memasuki negara jiran itu pada tahun ini.
Thailand merupakan salah satu destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia dimana setiap kali cuti panjang, ramai warga Malaysia yang melintasi sempadan dan bercuti di negara Gajah Putih itu.
Cuti panjang sempena sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2024 menyaksikan hampir 100,000 rakyat Malaysia menghabiskan cuti di wilayah Selatan Thailand, sekali gus menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (sekitar RM129.5 juta) kepada ekonomi negara jiran.
Antara destinasi popular yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia seperti Hat Yai, Songkhla, Krabi, dan Pattani.
Menurut Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sittipong Sitthipatprapha, lebih 36,000 pelancong Malaysia memasuki wilayah Songkhla melalui tiga pintu masuk utama—Sadao, Dan Prakob, dan Padang Besar—pada 14 September lalu.
Pihak berkuasa juga melaporkan bahawa kenderaan mula bersesak menuju ke Selatan Thai, terutama Hat Yai bermula seawal 5 pagi dan berlarutan hingga 11 malam.
Penginapan juga dipenuhi dengan rakyat Malaysia apabila lebih 400 hotel yang menawarkan lebih 30,000 bilik di Selatan Thai telah ditempah penuh sepanjang cuti ini.