Kejohanan Thailand Masters 2026 sudah memasuki hari kedua yang menyaksikan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya melepasi pusingan awal setelah menundukkan wakil Belgium, Julien Carraggi.

Kejohanan berstatus Super 300 itu berlangsung di Nimibutr Stadium, Bangkok bermula 27 Januari hingga 1 Februari nanti.

Walaupun hadiah serta jumlah mata ranking ditawarkan dalam Thailand Masters 2026 tidak begitu lumayan seperti kejohanan Super 1000, 750 dan 500 yang berlangsung sebelum ini, ia tidak menghalang penyertaan beberapa pemain ternama.

Ranking Dunia
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Selain Zii Jia, Loh Kean Yew dari Singapura serta juara Indonesia Masters tempoh hari iaitu Alwi Farhan dan Supanida Katethong (perseorangan wanita Thailand) turut beraksi pada edisi kali ini.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai $250,000 (RM979,745.01) dimana pemain yang menamatkan aksi di pusingan 16 turut bakal membawa pulang ‘sagu hati’.

Berikut merupakan senarai lengkap hadiah yang tunai bakal dibawa pulang oleh para pemain dalam Thailand Masters 2026:

Thailand Masters 2026

Hadiah Keseluruhan 

$250,000 (RM979,745.01)

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $875 (RM3,428.98).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $937.50 (RM3,673.91).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $1,500 (RM5,878.26) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $1,812.50 (RM7,102.90)

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita akan menerima wang tunai bernilai $3,625 (RM14,207.24).

Manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula akan membawa pulang $3,500 (RM13,717.33).

Naib Juara

Naib juara bagi kesemua acara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $9,500 (RM37,232.77).

Juara

Juara perseorangan lelaki dan wanita akan membawa pulang $18,750 (RM73,485.74) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $19,750 (RM77,404.98).