Selepas kejayaan manis tiga wakil negara menjuarai saingan di Indonesia Masters minggu lalu, tumpuan kini beralih ke Bangkok untuk Thailand Masters 2026.

Sebahagian besar pemain utama negara tidak menyertai pertandingan ini selepas mereka beraksi pada tiga kejohanan berturut-turut tempoh hari.

Ia menjadi medan terbaik terutamanya buat pemain muda serta pemain profesional untuk memburu pencapaian terbaik dalam saingan yang berlangsung di Nimibutr Stadium ini.

Cabaran pemain negara diketuai Lee Zii Jia yang kini sedang mencari rentak terbaiknya selepas berehat panjang pada 2025.

Thailand Masters 2026 merupakan kejohanan berstatus Super 300 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang akan beraksi dalam Thailand Masters 2026:

Thailand Masters 2026

Perseorangan Lelaki

1) Justin Hoh

2) Aidil Sholeh Ali Sadikin

3) Lee Zii Jia

4) Eogene Ewe – Kelayakan

5) Kok Jing Hong – Kelayakan

Perseorangan Wanita

6) K. Letshanaa

7) Wong Ling Ching

8) Goh Jin Wei

9) Siti Zulaikha

Beregu Lelaki

10) Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

11) Goh V Shem-Choi Sol Gyu (Republik Korea)

12) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao

13) Kang Khai Xing-Aaron Tai

14) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong

15) Muhammad Faiq-Lok Hong Quan – Kelayakan

16) Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian – Kelayakan

Beregu Wanita

17) Chong Jie Yu-Vanessa Ng

Beregu Campuran

18) Jimmy Wong-Lai Pei Jing

19) Liew Xun-Ho Lo Ee