Pada malam semalam acara konsert yang dianjurkan oleh Good Vibes Festival di Sepang telah menjadi bualan Malaysia apabila kumpulan pop rock dari UK, The 1975 telah membelakangkan peraturan persembahan di negara serta mempromosikan gaya hidup LGBT di hadapan khalayak penonton.
Insiden itu turut mendapat liputan media antarabangsa, sehinggalah ke pengetahuan Denise Welch, ibu vokalis kumpulan musik terbabit.
Baca Juga:
- Cium Rakan Sejantina Atas Pentas Tanda Sokong LGBT, Penganjur Tegas Batalkan ‘Show’ The 1975 Serta-Merta
- Pernah Diperlekeh Artis ‘Ketot’ Oleh Pengarah, Bell Ngasri Buktikan Dengan Kemenangan ABPBH 35
Menerusi ciapan @RealDeniseWelch, dia berbangga anak lelakinya itu mempromosikan dan meluahkan rasa kecewa diskriminasi yang berlaku terhadap komuniti LGBTQIA+ di Malaysia.
“Dia anak lelaki saya [emoji pelangi],” kata wanita itu menerusi akaun Twitter miliknya.
He’s my son 🌈 https://t.co/lSX2CtUMgK
— Denise Welch (@RealDeniseWelch) July 21, 2023
Perkongsian Denise telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai merasakan tindakan anaknya itu bukanlah satu perkara yang patut dibanggakan.
Bagi pendokong komuniti tersebut, mereka memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi — dan berharap dapat menjadi seperti anak wanita itu juga.
Clearly you didn’t teach your son about respect. Failed mother. https://t.co/kJyUuel6Pk
— ⎊ Zaddy ⎊ (@afifuddeenn) July 21, 2023
Perhaps he should respect the culture of the country he is in https://t.co/Gr14XH8nZb
— Enid Halliwell (@halliwellenid) July 21, 2023
Respect the laws of the country you are in. This is just plain stupidity. https://t.co/hracdnJmaQ
— Aaliya Moledina (@AaliAAMoledina) July 21, 2023
To Denise B*t*h: you and your son 💩 .
Angin betul aku terbangun & terbaca benda b*d** ni https://t.co/OmaYNfkimH
— N. Jahirah 🇲🇾🇵🇸 (@jahirahjay) July 21, 2023
Ramai melontarkan pendapat sepatutnya kumpulan musik anaknya itu bersikap profesional dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana negara yang mereka datang buat persembahan — tidak mencampur-adukkan pendirian diri sendiri dengan musik.
Setakat artikel ini ditulis, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa penganjur akan bertemu dengan pihaknya untuk memberi penjelasan lanjut hari ini dan beliau juga akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh.
Acara Good Vibes Festival dicemari dengan insiden di mana The 1975 telah melakukan beberapa aksi bercanggah dengan norma budaya negara seperti merokok, minum minuman keras, meludah, memperlekeh undang-undang syariah Malaysia mengharamkan LGBT dan bercium rakan sejantina di hadapan penonton.