Abel “The Weeknd” Tesfaye akan menyalurkan $2.5 juta dana untuk tujuan tabung kecemasan kemanusiaan di Gaza, yang menyamai dengan sejumlah 4 juta makanan kecemasan yang boleh memberi makan kepada lebih 173,000 rakyat Palestin selama dua minggu, menurut pengumuman itu.

Tesfaye, Duta Muhibah Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan menyumbangkan wang itu daripada Tabung Kemanusiaan XO miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

XO secara aktif telah bekerjasama dengan WFP. Di mana Sejak konflik di Gaza berlaku, World Food Program (WFP) telah menyediakan bantuan makanan kepada lebih 764,000 rakyat Palestin dalam penyelarasan dengan agensi PBB lain dan rakan dari agensi tempatan dan serantau.

Baru-baru ini, WFP telah berjaya akses lebih daripada 121,000 orang, termasuk di kawasan yang sukar dicapai sebelum ini tidak dapat diakses di Gaza.

Bantuan makanan termasuk roti segar, kurma yang diperkaya, makanan dalam tin, tepung gandum, pasta, pes tomato dan minyak.

WFP terus menggerakkan sebanyak mungkin trak yang penuh dengan makanan dan bantuan ke Gaza setiap hari semasa krisis kemanusiaan.

“Konflik ini telah mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang tidak terkira.

“WFP bekerja sepanjang masa untuk memberikan bantuan di Gaza tetapi skala besar diperlukan untuk menangani tahap kelaparan terdesak yang kita lihat.

“Pasukan kami memerlukan akses kemanusiaan yang selamat dan berterusan, dan sokongan berterusan daripada penderma untuk mencapai seramai orang yang kami boleh,” kata Pengarah WFP untuk Wilayah Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah Timur, Corinne Fleischer.

Corinne secara peribadi merakamkan terima kasih kepada The Weeknd yang telah menyumbang dana secara peribadi yang sangat besar.

Malah lebih tinggi daripada sumbangan kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara.

Sebagai perbandingan, The Weeknd membantu menghantar 4,000,000 makanan ke Gaza berbanding hanya 38,000 makanan oleh AS.

“Kami berterima kasih kepada Abel atas sumbangan berharga ini kepada rakyat Palestin. Kami berharap orang lain akan mengikuti contoh Abel dan menyokong usaha kami,” tegas Corrine lagi.

Abel “The Weeknd” Tesfaye, yang dilantik sebagai Duta Muhibah pada Oktober 2021, telah secara aktif menyokong misi bantuan kelaparan global WFP melalui derma peribadi sebanyak $1.8 juta melalui Dana Kemanusiaan XO yang ditubuhkannya dengan kerjasama World Food Program USA.

Dana itu, yang telah mengumpulkan $5 juta setakat ini, menghantar bantuan pertama sebanyak $2.5 juta untuk menyokong bantuan makanan kecemasan kepada wanita dan kanak-kanak di Ethiopia dan bahagian kedua akan diperuntukkan kepada respons Gaza.

Pada tahun 2024, The Weeknd telah komited untuk mendedikasikan bersamaan $1 bagi setiap tiket konsert yang dijual daripada jelajah stadium After Hours ’til Dawn beliau kepada Tabung Kemanusiaan XO.