The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye menambah sumbangan USD2 juta atau kira kira RM9.41 juta lagi ke Gaza. Ini selepas negara tersebut mengalami krisis yang memburuk minggu ini.
Sebelum ini The Weeknd yang merupakan duta rasmi tabung makanan WFP telah menyalurkan dana $2.5 juta (RM11.76 juta) ke Gaza untuk membantu rakyat di sana mendapatkan makanan.
Ini bermakna The Weeknd telah menyumbangkan dana sebanyak $4.5 juta (RM21.17 juta) secara keseluruhan ke Gaza menerusi yayasan khas ditubuhkannnya iaitu XO Humanitarian Fund.
Read "The Weeknd Supplies $2 Million Donation for 18 Million Loaves of Bread for Gaza Families' on SmartNews: https://t.co/bQlofTLMLT
— In§pire Life 🕊 (@Beauty4Ashes_1) May 14, 2024
Dalam kenyataan WFP mereka menulis: “Bantuan ini akan membantu membekalkan 1,500 metrik tan tepung gandum, 18 juta buku roti yang boleh membantu kira kira 157 ribu rakyat Palestin untuk sebulan. Tetapi situasi di Gaza masih belum ada tanda tanda ianya akan membaik pada masa ini.
WFP sedar bahawa krisis makanan di Gaza semakin meruncing. Di mana kira kira 1 juta rakyat Palestin kini terputus bekalan makanan.
Dan menyeru agar lebih ramai pihak tampil menyalurkan sumbangan makanan kepada Gaza.
The Weeknd antara artis Hollywood yang aktif menyokong usaha kemanusiaan di Gaza sejak ianya dibedil oleh tentera haram.
Dalam pada itu Abel Tesfaye juga meminta para peminatnya agar menyokong usahanya ini dengan mendermakan sumbangan kepada tabung WFP.
Masyarakat dunia mengecam serangan ke atas Gaza. Dengan netizen turut membidas artis yang tidak menggunakan pengaruh mereka untuk bersuara bagi kemanusiaan.
Netizen melancarkan kempen Blockout 2024. Di mana ramai nama selebriti gred A disenaraikan untuk diboikot.