Meskipun negara sudah mencapai kemajuan yang hebat dari segi teknologi, fasiliti dan sebagainya, masih lagi segelintir penempatan yang masih lagi belum menerima bekalan elektrik?

Berlaku di Kampung Orang Asli Kelaik iaitu 100km daripada pekan Gua Musang, Kelantan, dilaporkan 43 rumah terdiri daripada 215 penghuni terpaksa bergantung kepada penggunaan generator demi mendapatkan bekalan elektrik.

Terpaksa berbelanja sehingga RM600 sebulan antara yang dilakukan warga kampung manakala terdapat penghuni yang memilih untuk menghidupkan lilin sahaja.

Sehubungan dengan itu, SOLS Foundation berbesar hati ingin membuka ruang kepada orang ramai sama-sama menghulurkan bantuan dalam membangunkan Pico Solar PV yang bukan sahaja mejimatkan kos malah menawarkan tenaga elektrik yang efisien.

Penggunaan solar daripada PICO ini membantu para Orang Asli untuk tidak lagi berbelanja untuk menghidupkan generator sekaligus dapat menjimatkan wang bulanan.

Selain itu, bantuan ini dilihat sebagai usaha untuk memudahkan urusan anak muda kampung ini dalam meneruskan pembelajaran dengan lebih selesa tanpa bergantung kepada lilin semata-mata.

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan, SOLS Foundation sedia membuka ruang kepada orang ramai dengan menderma serendah RM10.

Buat anda yang berminat untuk menghulurkan bantuan boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Semoga usaha yang menelan belanja RM45,000 ini dapat dicapai dalam memberi kesenangan buat penduduk Kampung Orang Asli Kelaik.