Bila nak bernikah, ramai bakal suami akan menghadapi fasa gemuruh yang keterlaluan kerana takut disoal pelbagai soalan kritikal oleh Tok kadi.
Hal ini biasa terjadi di Malaysia namun berbeza pula pengalaman seorang warga tempatan yang bertuah mendapat calon isteri dari negara berasalnya jenama Kyochon dan kumpulan TWICE iaitu Korea Selatan.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, lelaki yang dikenali sebagai Zulhilmi telah memperlihatkan video bagaimana proses pernikahan di Korea Selatan, yang mana jadi tempat lahirnya isteri tercinta.
Untuk permulaan, mereka akan bertemu imam selaku Tok Kadi, yang mana akan memberikan penerangan berkaitan rukun nikah dan jumlah mahar yang dipersetujui seperti yang dipraktis dalam Islam.
Kemudian, Tok kadi langsung meneruskan ke proses terakhir di mana mendapatkan persetujuan dari kedua-dua belah pasangan di samping dua wakil terdekat sebagai saksi lafaz nikah tersebut.
Sebaik pihak lelaki dan wanita memberi respon terhadap soalan yang dilontarkan oleh tok kadi sama ada mereka mahu jadi pasangan hidup yang sah, Tok kadi langsung mengiytiharkan akad nikah telah selesai sekaligus menandakan sudah lengkap ijab kabul seperti yang diwajibkan dalam rukun nikah.
Sebagai pelengkap, mereka mengakhiri sesi pernikahan itu dengan membacakan surah Al-Fatihah.
@hellohilmi173 Replying to @AISHA AZRA Kalau nampak video ni, minta doakan kami supaya dikurniakan rezeki dan supaya dapat hidup atas jalan yang lurus sebagai pasangan yang baru sah bergelar suami isteri ya. 😀Terima kasih semua @Eileen ❤️
Video yang dikongsikan di platform TikTok itu langsung menarik perhatian ramai dan rata-ratanya memuji akan betapa mudahnya proses pernikahan di Korea Selatan berbanding dengan amalan warga tempatan.
Dalam pada itu ramai juga menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan baharu dalam menjalani kehidupan bersama sehingga ke Jannah kelak.
Selain itu, ramai juga berpendapat jika kalau ada baiknya masyarakat tempatan mula mengamalkan praktis sebegini yang mana memudahkan pihak lelaki menghalalkan calon isteri tanpa perlu dihujani soalan kritikal sekaligus semua berjalan dengan lebih lancar dan mudah.