Mulai 1 Julai nanti, kesemua 54 pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara akan beralih ke urus niaga pembayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi bayaran untuk semua jenis pemeriksaan kenderaan.
Peralihan kepada transaksi urus niaga tanpa tunai ini dilihat dapat menjimatkan masa, selain lebih selamat dan selaras dengan aspirasi PUSPAKOM untuk mendigitalisasikan sepenuhnya urusan di PUSPAKOM.
Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan bayaran secara dalam talian, sama ada menggunakan e-dompet seperti Puspakom e-Wallet, Maybank QRPAY, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay.
Manakala bagi pengguna kad pula, Puspakom menerima kad debit atau kad kredit yang mempunyai MasterCard dan Visa.
“Data menunjukkan lebih 90% pelanggan PUSPAKOM kini menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan kami.
“Ini jelas menunjukkan kaedah pembayaran tanpa tunai ini menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan cepat. Di waktu pandemik seperti sekarang, ia juga lebih selamat dari segi kebersihan,” petik kenyataan rasmi daripada Facebook Puspakom.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Sebelum ini PPDM mahu mengurangkan pemeriksaan PUSPAKOM untuk lori dan bas menjadi sekali setahun. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Mahu Selaraskan Lesen Motosikal Untuk Semua Kelas, Usul PPDM Cetus Pertikaian Netizen
Turun Padang Tanpa Pengetahuan, Menteri Luah Rasa Kecewa Dengan ‘Sistem Kuno’ JPJ