Pengarah Teknikal pasukan Sabah FC, Scott Olleranshaw menganggap ketiadaan kejohanan Piala MFL pada musim hadapan bukanlah penamat kepada karier pemain-pemain muda.
Baginya, pemain-pemain sepatutnya lebih berfikiran terbuka untuk berusaha keras memastikan kualiti yang ada pada mereka dapat dilihat oleh jurulatih-jurulatih selain lebih bijak mencari peluang untuk kekal beraksi baik di Liga Super atau Liga A1 Semi Pro.
Baca Juga:
- Yusri Che Lah: Mansuhkan Piala MFL Satu Langkah Baik
- Piala MFL Dimansuhkan Bagi Ringankan Beban Kelab
- Sri Pahang Sambut Baik Keputusan MFL Tukar Tarikh Final Piala Malaysia
Kemuncak karier pemain muda pada Scott bukanlah hanya perlu berharap kepada kejohanan Piala MFL semata-mata sebaliknya mereka sudah boleh mencongak langkah untuk cuba menembusi mana-mana kelab meskipun perlu bermula di divisyen yang lebih rendah.

Pemain Perlu ‘Move On’ Dari Piala MFL
“Mereka perlu lebih kreatif untuk cari peluang, jangan hanya menunggu peluang itu sampai tanpa berbuat apa-apa.
“Maksud saya di sini mencari peluang adalah mereka perlu bermula di sesuatu tempat dan kalau perlu di divisyen yang lebih bawah, ambil sahaja peluang itu.
“Jangan malas untuk buat rangkaian dan berhubung rapat dengan mana-mana kelab untuk membuktikan kualiti yang ada, dan saya percaya jika mereka benar ada kualiti tersebut, mereka pasti akan diserap masuk”, jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew menyifatkan keputusan untuk memansuhkan saingan tersebut sesuatu yang positif khususnya untuk jangka masa panjang.

Baginya, sesetangah pihak mungkin merasakan impak negatif dengan pemansuhan ini, tetapi untuk jangka masa panjang, keputusan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kelab daripada aspek kewangan.
“Bagi saya, keputusan ini dibuat apabila nilai komersial tidak dapat dilihat dalam tempoh 12 bulan terakhir ini dan sudah tentu untuk kelab, ia sesuatu positif sebab kita tidak mahu membebankan pasukan.
“Tetapi sudah tentu akan yang bertanya ke mana hala tuju para pemain bawah 23 tahun dan bagi saya, ia bergantung kepada kualiti pemain itu sendiri.
“Saya setuju pemain-pemain muda ini akan lebih matang kerana persaingan mereka akan lebih tinggi untuk rebut tempat di Liga Super dan untuk saya, keputusan ini adalah permulaan yang perlu dianggap positif untuk mereka”, katanya.