Sejak semalam tular di media sosial berkenaan perkongsian sebuah video menunjukkan sekumpulan anggota polis bertindak memberi saman kepada seorang pekerja di sebuah kedai kerana beliau gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi perkongsian video, difahamkan anggota polis tersebut turut menjelaskan bahawa notis kompaun dikeluarkan kerana pekerja tersebut tidak memakai sarung tangan serta tidak memeriksa suhu badan pelanggan sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam premis perniagaan.

Walaupun begitu, perkara tersebut mencetus kemarahan di kalangan netizen apabila anggota polis tersebut bertindak memberi kompaun terhadap wanita tersebut kerana beliau tidak memakai sarung tangan sewaktu bekerja.

https://twitter.com/fundoelous/status/1351752112753893376

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan tiada SOP berkaitan pemakaian sarung tangan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau dilihat telah bertindak memberi penjelasan berkenaan perkara berikut apabila perkongsian di Twitter tersebut telah mendapat tindak balas dari sebahagian rakyat Malaysia di mana rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan anggota terbabit.

Diharuskan untuk memakai sarung tangan

Walaupun rata-rata netizen yang memberi komen menyangkal tindakan anggota polis tersebut, namun ada yang turut melampirkan garis panduan bagi syarikat dalam tempoh PKP di mana terdapat peraturan yang menekankan mengenai pemakaian sarung tangan.

“Untuk penjual atau sesiapa yang ditugaskan sebagai juruwang memang perlu pakai. Dari tahun lepas sudah dikuatkuasakan,” komen seorang netizen.

Menurut garis panduan yang dilampirkan, terdapat peraturan yang menerangkan setiap pekerja dibekalkan alat pelindung bersesuaian seperti penutup hidung, topeng muka, apron plastik berlengan panjang dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut keperluan.

Difahamkan peraturan tersebut ditujukan kepada pekerja yang kerap berurusan dengan orang ramai seperti juruwang atau pekerja kaunter.

https://twitter.com/TokMuzhaffar/status/1351884587836665857?s=20

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai pelajar luah kebimbangan mengenai kesihatan mereka dengan menggunakan #SuaraPelajar di Twitter melalui pautan di bawah.

‘Takut Dijangkiti COVID-19’- #SuaraPelajar Trending Di Twitter Papar Luahan Kebimbangan Pelajar

Ketua Agama Yahudi Israel Dakwa Vaksin COVID-19 Buatkan Lelaki Menjadi Gay

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura

Sumber