Pasukan Selangor berdepan risiko untuk dihukum selepas mereka memutuskan untuk tidak menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei ini.

Pihak kelab telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka memutuskan untuk tidak hadir kerana faktor keselamatan selepas kejadian simbah asid yang menimpa Muhammad Faisal Abdul Halim.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Setelah penelitian dijalankan dan perbicangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk TIDAK HADIR ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.

Pada Selasa lepas, Selangor secara rasmi meminta kepada Malaysian Football League (MFL) serta Persatuan Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menangguhkan perlawanan tersebut.

Akan tetapi, permintaan tersebut ditolak oleh MFL dengan badan penganjur liga itu memilih untuk meneruskan perlawanan pembuka musim baharu Liga Malaysia.

Selepas memutuskan untuk tidak hadir, beredar khabar angin di laman media sosial yang mengatakan skuad bimbingan Nidzam Jamil itu bakal dikenakan hukuman potongan mata.

Malah, menurut salah seorang pengguna laman X iaitu Ismael Wong, bukan sahaja hukuman potongan mata malah Selangor juga berisiko untuk kehilangan slot bermain di Asia musim ini.

Pada masa yang sama, JDT mengakui mereka kecewa kerana Selangor memutuskan dimana mereka enggan untuk hadir bagi perlawanan Piala Sumbangsih.

Menurut kenyataan rasmi, JDT berharap SFC mempertimbangkan semula keputusan itu kerana Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor memberi jaminan keselamatan pasukan, pemain dan penyokong serta akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota.