Sindiket tonto masih lagi berleluasa dalam memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kumpulan itu agak mudah dikesan melalui kenderaan yang digunakan seperti 4×4, Perodua Myvi, kereta Proton model lama atau motosikal.

Bagaimanapun kini kumpulan tonto upahan dilihat turut menggunakan kenderaan mewah model Audi, Honda atau BMW untuk tugas penyamaran dan mengekori penguatkuasa JPJ atau polis trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut salah seorang tonto yang memberitahu Harian Metro, kumpulan tonto upahan masih aktif terutama bagi melindungi lori atau treler yang membawa muatan melebihi had ditetapkan.

Menurutnya, selain itu tonto upahan turut membantu syarikat korek pasir atau tanah yang tidak memiliki lesen perdagangan (GDL) untuk menghantar muatan ke lokasi ditetapkan.

“Penampilan kumpulan tonto ketika ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu yang mudah dikenal pasti pihak berkuasa. Dahulu tonto biasanya akan mengekori kenderaan JPJ dengan menaiki kereta Proton Waja atau pacuan empat roda berwarna hitam.

“Setiap kenderaan turut dilengkapi alat kemudahan komunikasi mobile walkie-talkie untuk menyalurkan maklumat kepada pemandu lori. Namun kini penampilan tonto lebih kemas, menggunakan kenderaan sedan mewah selain sukar dikenal pasti sebagai tonto.

“Apa yang penting tonto masih gigih membantu pemandu lori yang mahu mengejar trip (jumlah penghantaran), sekaligus mendapat komisen tinggi,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Tambahnya lagi, selain mengekori pergerakan kenderaan pihak berkuasa, ada juga tonto yang memiliki hubungan baik dengan ‘orang dalam’ yang menyalurkan maklumat operasi agensi penguatkuasa.

Difahamkan upah diterima boleh mencecah sehingga RM10,000 sebulan bergantung kepada tugas. Upah yang tinggi itu didorong oleh kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini.

Sumber