Istanbul antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong dan jika ke sana, Hagia Sophia merupakan tempat wajib dikunjungi.
Menerusi laporan, Hagia Sophia yang menjadi pusat tumpuan pelancong kini telah mengenakan bayaran sebanyak €25 (~RM128) untuk seorang.
Baca Juga:
- Jalani Ibadah Puasa Di Turkiye, Ini Apa Yang Saya Pelajari Sepanjang Di Sana
- Lelaki Ini Kongsi Itinerari Ke Turkiye Selama 8 Hari Dengan Bajet RM5,380 ‘All In’
- Turkiye Kecam Lelaki Koyak Dan Bakar Al-Quran Di Hadapan Masjid Ketika Cuti Hari Raya Aidiladha
Bayaran tersebut dipaparkan di pintu masuk sisi dimana pelancong asing melawat Hagia Sophia melalui terowong terbuka untuk akses ke dalam tanpa menganggu solat.
Pintu masuk utama pula kini hanya dikhaskan untuk warga Turkiye. Tiket masuk itu juga memberikan akses ke galeri tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menjadi tarikan pelancong.