Setiap pemimpin negara mempunyai slogan yang tersendiri untuk menunjukkan hala tuju tampuk pemerintahan di bawahnya supaya rakyat dapat ingat idea-idea yang dibawakan oleh kerajaan dengan lebih jelas.
Baru-baru ini semasa Rumah Terbuka Malaysia Madani berlangsung di Kedah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya tiada lagi pemasangan papan iklan Malaysia Madani yang baharu selepas ini kerana ia tidak menunjukkan pendirian sebagai sebuah Kerajaan MADANI.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Katanya, beliau tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk membuat papan iklan yang besar seperti itu.
“Dalam perjalanan ke Alor Setar, semalam saya diberitahu tentang ‘billboard’ Anwar dan MADANI itu di seluruh negara. Ia tidak dapat persetujuan atau kelulusan daripada saya yang mana saya dah beritahu tak perlu kita belanja untuk (perkara seperti) ini.
Malaysia Madani billboards in KL. pic.twitter.com/kKpyNWg7iX
— Pearl Lee (@pearllee22) April 4, 2023
“Ia dijawab jabatan berkenaan bahawa peruntukan digunakan adalah peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan ia (peruntukan) akan dipindahkan. Saya faham tetapi saya fikir peruntukan itu boleh digunakan untuk yang lain,” terang beliau.
Menurut Anwar, semua papan iklan Malaysia Madani yang sedia ada bagaimanapun boleh dikekalkan.
“Saya tak mahu ia (papan iklan baharu) diteruskan kerana ini tak menunjukkan pendirian Kerajaan Madani. Pegawai-pegawai terlibat itu saya rasakan mereka hanya meneruskan dasar sedia ada, jadi saya tak salahkan.
“Kebetulan kerana saya tak dimaklumkan, jadi saya tak boleh beri keputusan. Sekarang bila sudah dimaklumkan, keputusan saya tak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besar, cukuplah yang ada,” tambahnya.