H&M yang merupakan pengeluar fesyen kedua terbesar dunia bakal menutup 250 cawangan di seluruh dunia mulai tahun depan. Pastinya berita ini mengejutkan ramai pihak terutama sekali pelanggan setia jenama fesyen tersebut.

Keputusan penutupan itu diambil apabila trend membeli-belah pelanggan yang kini beralih kepada pembelian atas talian disebabkan penularan wabak COVID-19. Pada bulan Jun yang lalu, H&M telah menutup 170 cawangannya di seluruh dunia untuk fokus kepada penjualan secara online.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, H&M memiliki 5000 cawangan di seluruh dunia dan peralihan trend pelanggan ketika penularan wabak pandemik ini merupakan satu cabaran buat H&M.

Langkah yang diambil oleh H&M ini adalah jalan keluar berdepan krisis daripada rugi berpanjangan. Walau bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada cawangan H&M di Malaysia akan terkesan dan ditutup.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak perniagaan yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui antara perniagaan yang terkesan.

‘Gap’ Akan Tutup Operasi Di Malaysia Bulan Ini

Parkson Akan Tutup Operasi Cawangan Suria KLCC

Netizen Sedih Hotel Puteri Pacific Di Johor Bahru Bakal Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi

Sumber