Bersempena dengan konflik melibatkan Hamas dan rejim Zionis di Gaza, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli tampil berkongsi di media sosial mengenai inisiatifnya untuk membuka bidaan jam Rolex milikinya sebagai dana untuk disalurkan kepada Palestin.

Diterima sebagai hadiah oleh pemimpin Arab Saudi, Raja Salman pada tahun 2017, beliau memaklumkan menerusi perkongsian pada pada pagi 30 Oktober di mana jam Rolex Datejust ini dibuka bidaan dengan harga bermula daripada RM40,000.

Baca Juga:

Perkongsian yang dibuat daripada pelbagai platform media sosial telah mendapat pelbagai respon dan komen daripada beberapa individu yang membida jam tangan mewah ini.

Terbaharu, tidak sampai 24 jam bidaan dibuka, siapa sangka jam tangan Rolex Datejust ini sudah berjaya meraih jumlah bidaan sehingga RM131,000.

Untuk pengetahuan, bidaan bagi jam Rolex ini masih lagi dibuka pada ketika ini dana bakal ditutup pada jam 12 tengah malam ini. Berbaki beberapa jam sahaja lagi, tidak mustahil jam Rolex ini bakal menerima bidaan yang lebih tinggi sekaligus meningkatkan lagi jumlah dana untuk disalurkan ke Palestin.

Sumber