Baru-baru ini tular satu gambar menunjukkan papan tanda kod etika pemakaian diletakkan di sebuah pusat servis kereta di Kuantan. Gambar itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen; ada yang bersetuju dan ada yang kurang gembira dengan arahan tersebut.

Terbaharu, Ketua Pegawai Operasi Perodua, JH Rozman Jaafar telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubungan dengan isu yang timbul itu.

Baca Juga:

“Pihak Perodua menyedari timbulnya isu berkaitan notis ‘kod etika pemakaian’ yang dipaparkan di Pusat Servis Perodua di Kuantan, Pahang.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Perodua telah mengambil langkah segera dengan menarik semula notis berkenaan,” jelas JH Rozman.

Tambah beliau lagi, kod etika tersebut itu tidak selaras dengan garis panduan rasmi Perodua dan kini satu siasatan rasmi berhubung perkara berkenaan sedang berjalan.

Langkah pembetulan juga dibuat bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang kami hargai di Pusat Servis Perodua berkenaan,” petik kenyataan rasmi Perodua.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.