Banyak insiden boleh terjadi secara tiba-tiba seperti kemalangan dan sebagainya. Akan tetapi, ia bukanlah tiket untuk anda menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @PrinceRayDauz telah berkongsi klip video yang memaparkan rider foodpanda dipukul dan dimarahi oleh seorang wanita.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Kejadian tersebut dipercayai terjadi apabila rider itu telah menyebabkan kereta wanita itu calar ketika menaiki basikal. Lantaran itu, wanita itu bertindak merosakkan pemegang basikal rider itu sebelum bertindak dengan memukulnya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat rider itu tidak berhenti meminta maaf dan tidak melawan apabila dipukul. Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Filipina.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan wanita tersebut. Malah, para netizen sebulat suara mengatakan hal tersebu boleh dibincangkan baik-baik tanpa menggunakan kekerasan.

https://twitter.com/d3lilah/status/1508975815161446403

https://twitter.com/hassanshaffiq/status/1508962846813880320

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita tersebut yang tidak mempunyai belas kasihan walaupun rider itu telah meminta maaf. Malah, para netizen juga berasa kasihan melihat rider itu menangis kesedihan dalam video itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Perlekeh Pelajar Daripada Golongan B40, Kenyataan Pensyarah IPTA Ini Undang Kemarahan Netizen

Baju Diconteng Rakan, Wanita Ini Sedih Anak ‘Speech Delay’ Jadi Mangsa Buli Di Sekolah