Untuk mendapatkan pekerjaan, ia bukanlah suatu perkara yang mudah lebih-lebih di luar negara. Ramai mendambakan peluang berkerja di luar negara kerana penawaran gaji yang lebih tinggi dengan insentif lumayan.

Walaupun mencari pekerjaan itu tidak mudah, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda mengetahui teknik yang betul.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Asma, beliau telah berkongsikan cara untuk mendapatkan pekerjaan di Riyadh, Arab Saudi. Seperti yang anda sedia maklum, Arab Saudi merupakan salah satu negara yang sangat ketat dalam pengambilan pekerja daripada luar negara.

Cara mendapatkan kerja di Arab Saudi

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Asma, beliau sebenarnya tidaklah membuat permohonan untuk berkerja di Riyadh. Sebaliknya, dirinya itu telah didekati oleh pengurus pengambilan pekerja (recruitment manager) dari Hotel Hilton Riyadh.

Menurutnya, beliau pada mulanya merasa takut dan meragui kerana menganggap tawaran yang diterima sebagai penipuan. Jadi, cara pertama yang dikatakan olehnya adalah untuk memastikan kesahihan profil individu yang mendekati anda dengan tawaran berkerja itu.

“Kalau dapat tawaran macam tu, lebih baik periksa profil dia betul-betul, pastikan profil itu benar,” katanya dalam video tersebut.

Dalam perkongsiannya lagi, beliau menjelaskan dirinya itu didekati oleh recruitment manager hotel tersebut kerana mereka telah melihat akaun LinkedIn miliknya dan mendapati bahawa dirinya itu memiliki ciri-ciri yang bersesuaian dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Langkah seterusnya pula berdasarkan video itu adalah untuk memastikan anda aktifkan akaun LinkedIn anda.

“Rajin-Rajinlah kemas kini akaun LinkedIn. Aktifkan LinkedIn tu. Apa yang anda buat dekat tempat kerja pos je,” ulasnya lagi.

Menurut beliau, kita semua tidak akan mengetahui bila masanya seorang recruitment manager sedang mencari pekerja baru. Jadi, sebab itulah anda perlu merajinkan diri untuk sentiasa mengemaskini akaun LinkedIn masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati agar rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Saudi untuk memastikan terlebih dahulu pekerjaan yang tersedia di situ. Hal ini kerana hanya beberapa pekerjaan di dalam industri tertentu sahaja yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia untuk bekerja di situ.

@asmakaryajauh

Replying to @user4313363330714 inilah cerita ringkas tak ringkas mcm mana saya boleh dpt kerja dekat Riyadh, Saudi Arabia ni. Lepas dpt offer tu mcm2 lg kena buat tau! Next time kita sambung cerita Part 2 ye #kerjaluarnegara #saudiarabia #malaysianinriyadh #lifeinsaudiarabia #lifeinriyadh #hiltonriyadh

♬ Sabry Aalil – Sherine

Perkongsian beliau telah meraih perhatian netizen di sejumlah platform media sosial yang mana mereka telah terbuka mata betapa pentingnya penggunaan LinkedIn untuk mendapatkan pekerjaan di dalam Malaysia mahupun di luar negara.

Sumber