Kecoh sejak beberapa hari terakhir ini apabila penyanyi berpengalaman, Dato’ Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin menjadi buah mulut netizen selepas ‘sekolahkan’ pembaca berita, Nursyazwani Saiful Sham secara live hanya kerana bertanyakan soal pemergian Mael XPDC.

Tindakan yang dianggap biadap oleh para netizen ini sekaligus membuatkan Dato’ Hattan menerima kecaman yang hebat. Malah, beliau dikatakan telah memilih untuk mengunci akaun Instagram beliau selepas insiden tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan daripada insiden yang berlaku, terdapat pihak wartawan yang cuba menghubungi Dato’ Hattan namun beliau memaklumkan tidak berminat untuk mengulas tentang perkara tersebut.

Sumber: Media Hiburan

“I’m not interested” ulas Dato’ Hattan secara ringkas sebelum memilih untuk sambung bermain golf.

Mengulas mengenai tindakan yang dilakukan kepada pembaca berita, seorang rakan Dato’ Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi TikTok memaklumkan Dato’ Hattan sebenarnya tidak tahu temu bual tersebut dilakukan secara live di televisyen serta ditonton oleh orang ramai.

Beliau yang baru sahaja menonton insiden tersebut di televisyen terus menghubungi Dato’ Hattan bagi bertanyakan dengan lebih lanjut.

“Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Hattan tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawablah macam biasa.

“Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan” ulas Salimey.

Menurut Salimey, tidak adil untuk orang ramai menghakimi tindakan Dato’ Hattan kerana mustahil penyanyi tersebut tidak tahu protokol apabila ditemubual secara live di televisyen dan radio.

Malah, Salimey memaklumkan panel berita yang seharusnya bersedia dengan soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit.

Sehingga hari ini, isu ini masih lagi ‘hangat’ dibincangkan. Malah, terdapat netizen yang mulai mempersoalkan kreadibiliti Dato’ Hattan serta menyerang laman Facebook rasmi beliau.

Sumber