Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya yang dipercayai seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, hari ini.

Difahamkan, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam dan pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan, JAWI memulakan operasi pada jam 10.30 malam dan mengetuk pintu rumah serta menunggu selama hampir tiga jam.

Pihak JAWI terpaksa meminta bantuan bomba namun Aliff akhirnya akur selepas dimaklumkan pintu rumah tersebut akan dipecahkan jika mereka tidak memberikan kerjasama.

@melodiberapi

Alamak buat ape Bella pagi-pagi buta di Pejabat Agama Islam ini?? 🔥🔥🔥 #meloditv3 #ceritaartismalaysia #bellaAstillah #fypシ゚viral🖤tiktok #panas 🔥🔥🔥

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya. Terdahulu, Bella Astillah bersama adiknya terlihat berada di pejabat agama pagi tadi dan Bella dilihat masih berada dalam keadaan terkejut.