Tiga kelab dari Liga Malaysia kini berada dalam senarai 10 kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.

Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Mei, tiga kelab dari Malaysia yang berada dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC (SFC) dan Terengganu FC (TFC).

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laman analisis dari eropah itu, JDT kekal sebagai kelab nombor satu di Asia Tenggara apabila memunggut 75.3 mengatasi kelab gergasi Thailand, Buriram United dengan 71.7 mata dan Bangkok United (70.5 mata).

Manakala Selangor berada di tangga ketujuh terbaik Asia Tenggara dengan jumlah mata sebanyak 65.4 di belakang Muangthong United (66.1 mata) dan BG Pathum United (65.7 mata).

Lebih menarik, Terengganu turut berjaya menembusi kelompok 10 pasukan terbaik Asia Tenggara apabila memintas kedudukan kelab terkaya Singapura, Lion City Sailors hasil pencapaian mereka dalam saingan Piala AFC musim lepas.

Tiga Kelab Malaysia Tersenarai Dalam Kelompok 10 Terbaik Asia Tenggara
10 kelab terbaik Asia Tenggara menurut Opta Analyst

Kedudukan ranking ini adalah sebahagian daripada 13,448 kelab yang dihimpunkan Opta Analyst dari seluruh dunia.

Dari segi ranking dunia, kedudukan JDT semakin jauh meninggalkan pasukan lain di Asia Tenggara dan kini memintas kelab terkemuka eropah seperti Stoke City, Watford dan Blackburn Rovers.

Tiga Kelab Malaysia Tersenarai Dalam Kelompok 10 Terbaik Asia Tenggara
Kedudukan ranking global JDT

Satu lagi kelab Liga Malaysia iaitu Sabah juga berada dalam senarai 20 pasukan terbaik Asia Tenggara di kedudukan ke-16 dengan 62.1 mata mengatasi kelab divisyen 1 Thailand seperti Chiangrai United dan Ratchaburi.

Jumlah mata ini dikumpulkan berdasarkan prestasi mereka dalam saingan domestik dan pertandingan kelab peringkat benua anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).