Demam Formula 1 kini kembali melanda tanah air selepas jualan tiket bagi Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Malaysia 2026 dibuka secara rasmi.

Bagi menghargai sokongan peminat tempatan acara F1 ini, pihak penganjur menawarkan harga keutamaan khas buat pemegang MyKad, di samping menyediakan akses jualan peringkat antarabangsa.

Pembelian tiket merangkumi pas akses 3 hari yang membolehkan penonton menyaksikan kesemua sesi latihan, kelayakan, dan hari perlumbaan utama.

Pemegang MyKad menikmati kadar harga istimewa dalam Ringgit Malaysia (RM), manakala penonton luar negara diproses dalam Dolar Amerika Syarikat (USD). Bagaimanapun transaksi akan diproses dalam Dinar Bahrain mengikut kadar pertukaran semasa pada waktu transaksi dilakukan.

Senarai Penuh Harga Tiket F1 Bahrain Grand Prix
Pemegang MyKad

1. Main Grandstand (MGS) – RM2,083.40

2. K1 Grandstand – RM1,386.00

3. F Grandstand – RM1,291.40

4. B Hillstand – RM809.60

5. C Hillstand – RM 809.60

6. G Hillstand – RM200.00

Bukan Pemegang MyKad

1. Main Grandstand (MGS) – USD566.05

2. K1 Grandstand – USD350.13

3. F Grandstand – USD376.39

4. B Hillstand – USD218.90

5. C Hillstand – USD218.90

Menurut laman Bahrain International Circuit, bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun layak menerima diskaun 25% (tidak termasuk G Hillstand).

Sementara kemasukan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, namun tiada tempat duduk disediakan.

Perlumbaan berprestij yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober 2026 ini dijangka menarik ratusan ribu peminat pemotoran tempatan dan antarabangsa.

Anda boleh dapatkan tiket di laman Bahrain International Circuit.