Baru beberapa jam habis terjual, Tiket konsert My Chmeical Romance South East Asia, Live di Kuala Lumpur, sudah dijual oleh scalper di platform atas talian.
My Chemical Romance: Fenomena Budaya, Nostalgia & Peneman Generasi 2000-an
Sambutan ke atas My Chemical Romance di Malaysia sangat menggalakkan. Kumpulan yang popular dengan naskah seperti Helena dan Welcome To Black Parade itu masih menjadi ikutan peminat tegar mereka.

Namun perkara yang kurang disenangi peminat adalah, hanya beberapa jam sahaja tiket itu baru habis dijual, sudah ada scalper yang menjual semula tiket konsert tersebut.
Sedangkan ramai peminat yang masih kecewa dan hampa gagal mendapatkan tiket kerana permintaan yang terlalu banyak.
Perkara itu dikongsikan oleh peminat MCR di laman Malaysia Addicts – yang kecewa dengan tindakan scalper yang berterusan menjadi perosak kepada penjualan tiket.
Scalper ambil kesempatan konsert My Chemical Romance
Mereka ternyata hanya membeli untuk mendapatkan keuntungan menerusi hasil penjualan semula.
Tiket untuk zon B dijual mencecah RM980.00. Dan dipercayai selepas ini angka itu akan terus melonjak.

Seorang lagi peminat mendedahkan harga tiket untuk seksyen I’m Not Okay yang hanya RM599.00 dijual semula oleh scalper sehingga RM2,000.00.
Jelas sekali peminat kecewa dengan tindakan scalper yang dilihat dengan seronok mengambil kesempatan ke atas peminat sejati MCR.
RM599 MCR ticket magically flipped to RM2,500 by scalpers. Must be nice making quick cash off real fansโ heartbreak.
To anyone feeling petty, please write โduit kutuโ in the description when you transfer money to these scalpers, let karma do the rest. ๐ค— โจ๐ฆ๊ธ๊๊ธ๊๊ ๐ฆโจ (@SiDudut___) July 11, 2025
Lebih gila, scalper tiket ini turut berasal dari Indonesia. Di mana mereka menjual tiket konsert My Chemical Romance, Live Di Kuala Lumpur buat peminat di seberang atau di Malaysia yang mahu berurusan dengan mereka.
Here come the most dreaded scalpers for Mcr pic.twitter.com/hlGlWzFkXT
— ๆ ๐๐ (@nekosera88) July 11, 2025
Ramai peminat semakin menyampah dengan scalper ini. Malah ada yang berharap kerajaan turut campur tangan menangani masalah ini yang dianggap semakin membarah.