TikTok Shop baru sahaja mengadakan Creator Icon, sebuah program pembangunan kreator yang berlangsung di Bangsar Nexus Connection pada 20 November, 10 pagi hingga 4 petang.
Acara ini menghimpunkan bakat-bakat baru yang berminat membina kerjaya sebagai affiliate creator, lengkap dengan sesi bimbingan, perkongsian strategi dan peluang networking bersama jenama.
Dengan tema “Are you the next Creator Icon?”, program ini memberi fokus untuk membantu pencipta kandungan Malaysia memahami cara membina bisnes digital yang mampan, selaras dengan komitmen TikTok Shop untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi digital negara.
Mentorship daripada nama-nama besar TikTok Malaysia

Salah satu tarikan utama Creator Icon semestinya barisan mentor yang bukan calang-calang. Antara yang terlibat ialah:
-
Pinn Yang
-
Khairulaming
-
Almiyaz
-
Hello Sonia
-
LihYing (Neo the Nyonya)
-
Nynabukater
Setiap mentor berkongsi kisah perjalanan mereka, termasuk cabaran awal, formula kejayaan, dan bagaimana mereka membina pendapatan melalui TikTok Shop. Perkongsian ini memberi gambaran realistik tentang apa yang diperlukan untuk bertahan sebagai creator dan bagaimana mereka memanfaatkan affiliate marketing sebagai sumber pendapatan stabil.
Fokus utama Creator Icon: Bina creator yang tahan lama, bukan sekadar viral

Creator Icon bukan sekadar tentang mencipta konten yang trending — tapi membina asas kukuh untuk karier jangka panjang. Peserta menerima latihan hands-on merangkumi tiga bahagian penting:
Penjenamaan Peribadi
Cara membentuk identiti, gaya dan niche yang membuatkan penonton ingat siapa anda.
Strategi Kandungan
Kaedah menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi boleh mendorong penjualan.
Polisi Platform
Penerangan tentang garis panduan TikTok, supaya creator dapat berkarya dengan selamat dan konsisten tanpa risiko akaun disekat.
Creator Task Journey: Belajar sambil buat
Selain sesi bimbingan, peserta turut melalui Creator Task Journey, di mana mereka dapat berjumpa terus dengan jenama melalui booth yang disediakan, memahami cara kerjasama antara creator dan brand berlaku dan mencipta kandungan secara real-time sebagai latihan.
Semua ini membantu peserta melihat sendiri bagaimana peluang di TikTok Shop boleh diterjemahkan kepada pendapatan.
Program percuma dengan nilai ilmu yang tinggi

Menariknya, seluruh acara ini percuma untuk peserta terpilih dan ia merupakan satu peluang besar untuk mereka yang ingin bermula dalam industri tanpa modal besar.
Buat anda yang terlepas acara kali ini, TikTok Shop akan menganjurkan lebih banyak program Creator Icon pada masa hadapan.
Jadi, jangan lupa untuk follow sebarang update terkini di lama rasmi TikTok Shop.