Sepasang suami isteri yang bergelar TikToker telah diuji kejadian mistik apabila muncul segumpal rambut dalam laksa yang direbus untuk dijual.
Perkongsian ini dibuat oleh mereka menerusi TikTok @Syed.fatin.jaeden.haifa, kedua-dua mereka kelihatan amat kecewa dengan kejadian tersebut yang mana disyaki susulan hasad dengki pihak tertentu.
Baca Juga:
- Demi Raih ‘Gift’, TikToker Tempatan Ini Sanggup Cuci Muka Guna Air Jamban Secara Live
- Wanita Ini Kesal ‘TikToker’ Perdaya Bapanya Dengan Minta RM1,800 Untuk Review Makanan
- ‘Kentut’ Di Mikrofon Kapal TLDM Demi Konten, Perbuatan TikToker Ini Jadi Kecaman Para Netizen
“Hari ni cadang niaga laksa sebab ramai rindu nak makan laksa kami. Kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mi laksa kejap ja sebab sebab solekkan isteri sambil tunggu laksa masak.
“Alih-alih ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,” tulisnya pada kapsyen video.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai di pelbagai platform.
Bagaimanapun sebahagian daripada pengguna maya berpendapat ia hanyalah sekadar konten untuk meraih perhatian ramai dan dalam masa sama mempromosikan perniagaan mereka.
Malah, ada netizen yang mencadangkan supaya pasangan tersebut menghantar gumpalan rambut itu ke makmal untuk ujian DNA bagi mendapatkan kebenaran.
“Nie konten or betul2x orang khianat.. sekarang nie susah nak caya sebabnya banyak konten,” ujar seorang pengguna FB
“Cuba buat live tengah masak…ada rambut tak..”, komen ringkas oleh pengguna lain.
“Allah…tolonglah..konten je semata nie. orang melayu memang mudah sangat tertipu benda-benda macam nie,”ujar seorang pengguna yang merasakan kita mudah tertipu dengan video yang disajikan oleh individu di internet.
“Jenis org yang lapar perhatian macam ni, dia ckp 10 pun belum, 1 pun aku susah nak percaya. jenis lapar perhatian, lapar view, lapar like. sanggup buat apa saja bila perniagaan/page dah sendu,” ujar seorang pengguna maya di platform FB.
@syed.fatin.jaeden.haifa ya Allah , wife menangis jadinya , takper , bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife , dah lah x rehat sbb semalam event seharian , harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang , maafkan kami , kami x kuat dah … 😭😭😭 kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak , alih2 tengok ni jadinya , 2 kali rebus tetap sama 😭 mimpi ke apa ni , tqqqq kepada yang buat kami camni
♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa
Susulan daripada itu, pihak Harian Metro sedia mendapatkan ulasan berhubung insiden tersebut daripada TikToker terbabit. Merungkai kisah sebenar, Syed Muhammad Shah Hasif berkata, gumpalan rambut itu ditemukan isterinya pada Ahad lalu dan mengejutkan kerana tak sangka dengan apa ditemuinya.
Lebih menghairankannya apabila kejadian itu berlaku ketika dia dan isteri merancang untuk membuka semula perniagaan laksa minggu lalu.
Menurut Syed Muhammad Shah Hasif, itu bukan kali pertama beliau berdepan pengalaman mistik itu kerana pernah berdepan pengalaman aneh sebelum ini.
“Ramadan lalu, saya berniaga di tapak niaga dan semuanya okay sehingga empat hari sebelum raya apabila pelanggan serta keluarga beritahu tak nampak gerai saya.
“Keesokannya, saya berniaga lagi tapi daripada tengah hari sampai petang tak ada pelanggan datang hingga akhirnya saya sepakat bungkus makanan kemudian sedekah ke masjid.
“Bayangkan, tiga tong kuah laksa tak habis sedangkan selalunya sejam hingga satu jam setengah saja sudah habis,” katanya.
Episod gelap ini tidak terhenti begitu sahaja, kejadian aneh berlaku dua minggu selepas Aidilfitri iaitu selepas gerai dibuka semula.
Difahamkan pada hari pertama berniaga, kuah laksa yang baru dimasak basi selepas sampai di tapak niaga. Dek kerana inilah yang membuatkan pasangan itu tidak meneruskan perniagaan sebelum ini.
Meskipun diuji dengan pengalaman menakutkan, Syed Muhammad Shah Hasif enggan menuduh sesiapa kerana tiada bukti.