Pada hari semalam negara menyambut Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya dengan penuh meriah sekali sehinggakan ramai yang sanggup duduk bermalam sejak pukul 9 malam 30 Ogos lagi.
Isu yang sama kembali timbul semula apabila didapati timbunan sampah sarap ditinggalkan merata- merata dan berterabur di kaki lima jalan raya dan pejabat kerajaan di sini.
Baca Juga:
- Teruja Mahu Saksikan Perarakan Hari Kebangsaan, Orang Ramai Sanggup Beratur Seawal Jam 9 Malam
- Adik-Beradik Bilionair Malaysia Bakal Lancarkan Projek Kediaman Mewah Bernilai RM8.56 Bilion Di Singapura
- Ini Nasihat Khairul Aming Untuk Adik-Adik Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’
Memetik Buletin TV3, ada pengunjung yang duduk di bahagian ‘grandstand’ turut membuang sisa sampah seperti botol air minuman, makanan dan Jalur Gemilang di bahagian bawah tempat duduk itu selepas program selesai.
Penyelia kontraktor pembersihan, Syarikat Alam Flora Bhd. Umar Amsyar Redza, berkata seramai 53 orang pekerja ditempatkan di Dataran Putrajaya sejak pukul 12 tengah malam tadi bagi membersihkan sampah kawasan itu.
Katanya, sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung meningkat lima kali ganda dan paling menyedihkan orang ramai tidak menjaga kebersihan dengan meninggalkan sisa makanan dan barangan lain seperti tikar serta kotak yang dijadikan sebagai tempat duduk tanpa ada tanggungjawab untuk membuangnya di tong yang disediakan.
Kerja-kerja pembersihan dipecahkan kepada lapan subzon iaitu Zon 1 – kawasan perarakan utama, Zon 2 – Presint 3, Zon 3 – Bulatan Gemilang , Zon 4 – di hadapan Kementerian Kewangan, Zon 5 – Dataran Putra, Zon 6 – Lebuh Bestari , Zon 7 – Persiaran Perdana Presint 4 dan Zon 8 – Monumen Alaf Baru, Presint 2.
Isnin lalu,Pengurus Negeri Alam Flora Wilayah Persekutuan, Kuit Kheng Keong melalui kenyataan berkata,syarikat Alam Flora Sdn Bhd menjangkakan mengurus 10 tan pelbagai jenis sampah ketika sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini.
Katanya,pekerja akan melakukan pelbagai kerja pembersihan seperti kutip sampah, pengosongan tong sampah dan menyapu kawasan sekitar disubzon yang telah ditentukan.
Alam Flora turut menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz untuk diletakkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuang sampah, petik Buletin TV3.