Drama sensasi Toksik Cinta sekali lagi menjadi perbualan hangat dalam kalangan penonton. Ramai yang mula bercakap-cakap tentang Karmila, yang sebelum ini ‘mangsa’ rupa-rupanya individu yang sengaja buat cerita untuk nampak baik di mata orang lain.

Sebelum ini, ramai penonton bersimpati terhadap watak Karmila (lakonan Riena Diana) yang digambarkan sebagai wanita lemah dan dianiaya oleh pasangannya, Alfi (dilakonkan oleh Aqasha).

@tontonmy

Karmila menipu je la selama ni!! Grrr.. Strim Tonton Original Series: Toksik Cinta –> Setiap Isnin hingga Khamis | Eksklusif hanya di @Tontonmy Dibintangi :- Aqasha sebagai Alfi @rienadiana_ sebagai Karmila @keithfoo sebagai Amsyar @cristinastockstill sebagai Farhana @dayangareeda sebagai Eez @ruzanaibrahim sebagai Anggun Arahan: @paliyahyalatest Penerbit: @ermafatima Terbitan: @rumah_karya_citra OST: @jimikamal_ Fantasia ToksikCinta TontonOriginals Tonton DramaSangat

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY

Namun, klip yang tersebar baru-baru ini membongkarkan sisi sebenar Karmila apabila dia sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk memanipulasi keadaan dan menuduh Alfi melakukan kekasaran kepadanya.

Ada netizen yang berkongsi komen menyatakan situasi seperti ini wujud di dunia nyata. “Wujud saja perempuan macam ni. Sampai dia berjaya penjarakan suami sendiri,” tulis seorang pengguna.

“Inilah contoh perempuan NPD (Narcissistic Personality Disorder).Mana ada komen-komen daripada perempuan NPD sebab kena pada batang hidung mereka yang selamat ini selalu menyalahkan lelaki punca toksik,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Lakonan Riena sebagai Karmila ternyata sangat berkesan sehingga meninggalkan kesan kepada penonton. Pendedahan ini bukan sahaja mengubah persepsi penonton terhadap watak Karmila, malah membuka perbincangan yang lebih luas tentang bagaimana manipulasi emosi dan penderaan psikologi boleh berlaku dalam hubungan, tidak mengira jantina.

Mengangkat tema cinta yang beracun di sebalik keindahan dan glamor dunia hiburan, Toksik Cinta merupakan naskhah baharu di bawah jenama Tonton Original Series. Saksikan kisah penuh debaran, Tonton Original Series: Toksik Cinta eksklusif hanya di Tonton.