Kementerian Kerja Raya (KKR) menyatakan laluan memasuki Jalan Genting Highlands bukan Jalan Persekutuan. Sebaliknya ia merupakan tanah milikan persendirian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya cakna tentang isu yang dibimbangi oleh orang ramai pada ketika ini.

“Berdasarkan semakan awal Kementerian Kerja Raya (KKR) serta maklumat yang diterima, laluan yang dimaksudkan bukan merupakan jalan persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.

“Walau bagaimanapun, aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan kawal selia bagi mana-mana laluan seperti ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong.

“Buat masa ini, KKR tidak mempunyai kuasa perundangan atau regulatori ke atas laluan berkenaan,” jelas beliau menerusi satu hantaran Facebook.