Pengacara popular, Nabil Ahmad merupakan salah seorang duta Jakel yang masih bersama dengan jenama tekstil tersebut.

Dalam satu temu bual terkini, beliau mengaku pernah ditawarkan ratusan ribu untuk meninggalkan Jakel dan menjadi duta sebuah jenama pakaian terkenal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun Nabil yang telah sembilan tahun bersama Jakel berkata, wang ringgit bukan keutamaannya dan tidak gelap mata meskipun tawaran yang diterimanya tinggi.

“Ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit tapi saya tolak. Ia kerana kesetiaan, sebab saya ingat lagi masa saya tengah tiada job’ waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hidup saya memang huru-hara, satu-satunya klien yang telefon saya minta saya buat video adalah Jakel.

“Jadi, saya memang ingat sangatlah. Tak bolehlah saya nak sebut jenama yang tawarkan saya itu. Banyak yang mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta.

“Ayat dia macam ini, berapa Jakel bayar kau, aku bayar double. Kemudian saya beritahu sekiranya Jakel sanggup bayar double. Pihak itu sanggup bayar triple.

“Untuk saya, ia nampak macam berlawan, kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja nak tunjuk kau boleh beli kita. Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita.

“Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai itu tapi saya tidak,” katanya yang ditemui di sidang media pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall baru-baru ini.

Jelasnya lagi, beliau juga tidak menyesal dengan keputusannya kerana dia tiada cara lain untuk membalas budi Jakel yang pernah membantunya di kala susah.

“Sebab di sini pun, kadang-kadang kalau tiada job pun saya risik dengan pihak sini, kalau ada kerja yang saya boleh buat dan pihaknya memahami.

“Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam contoh Jakel sudah bagi saya pakaian hari raya selama sembilan tahun, bukan saya sahaja tapi keluarga termasuk orang tua saya.

“Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan,” katanya yang berkongsi perkara itu selepas ditanya kesetiaannya bersama jenama itu buat tahun kesembilan.