Al Ahli menuduh pengadil seolah olah tidak sukakan kelab mereka dan beberapa kali membuat keputusan pelik dalam perlawanan menentang Al Fayha yang berkesudahan 1-1.
Keputusan seri itu membuatkan Al Ahli kini semakin sukar untuk merebut kejuaraan RSL. Mereka kini 4 mata di belakang Al Nassr yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan.
Ivan Toney secara terbuka mengecam pengadil dan VAR di media sosial. Dia memuat naik beberapa insiden yang menunjukkan Al Ahli dinafikan penalti mereka.
Ini termasuk insiden terbaru ketika masa kecederaan menentang Al Fayha.
https://x.com/i/status/2041969993550589998
Al Ahli senada dengan Ivan Toney. Bahawa pengadil dan VAR benar benar mengecewakan kerana tidak adil untuk mereka. Al Ahli berkata:
“Al Ahli menyatakan ketidakpuasan hati yang mendalam terhadap kesilapan pengadilan yang menjejaskan perlawanan hari ini melibatkan pasukan utama menentang Al Fayha dalam pusingan ke-29 Liga Saudi Roshn.
“Keputusan pengadil telah memberi kesan langsung kepada aliran permainan dan keputusan akhir, yang seterusnya menjejaskan kedudukan pasukan dalam perebutan kejuaraan.
“Kesilapan sebegini menimbulkan kebimbangan yang sah terhadap proses pemilihan pengadil serta kriteria yang digunakan, terutamanya memandangkan tahap teknikal dan persaingan yang tinggi dalam Liga Saudi Roshn.
“Pasukan telah berdepan keputusan pengadilan yang tidak adil, satu situasi yang tidak boleh diterima dan tidak membantu perkembangan pertandingan serta tidak menegakkan prinsip keadilan kompetitif yang sepatutnya menjadi asas kepada mana-mana kejohanan yang berjaya.
“Kelab Al Ahli menuntut akses kepada rakaman serta komunikasi antara pengadil dan Video Assistant Referee (VAR), termasuk interaksi mereka dengan pemain pasukan sepanjang perlawanan.
Media Statement 📄 pic.twitter.com/iFxv18cHR0
— Al-Ahli Saudi Club (@ALAHLI_FCEN) April 8, 2026
“Kelab juga meminta penjelasan yang jelas bagi semua insiden pengadilan di mana keputusan tidak dibuat dengan betul.
“Sebagai penutup, Kelab Al Ahli menegaskan semula keyakinannya terhadap komitmen pihak berkuasa berkaitan dalam menjaga integriti pertandingan serta mengambil langkah praktikal yang diperlukan selaras dengan tahap tinggi yang telah dicapai oleh Liga Saudi Roshn.”