KNKV Viral Award 2025 menyasarkan minima 100 juta tontonan melalui pelbagai platform, termasuk siaran langsung di TV3, serta kerjasama strategik bersama lebih 700 pempengaruh media sosial tempatan dan antarabangsa.

Strategi ini dijangka mencipta impak besar dalam memperkukuh landskap kandungan digital yang positif di Malaysia mahupun luar negara.

Setiap pempengaruh yang terlibat dikehendaki memenuhi beberapa kriteria seperti mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pengikut, menghasilkan kandungan yang membawa mesej positif dan bebas kontroversi, serta tidak terlibat dengan isu politik.

KNKV Viral Award 2025 mengangkat tema “Memupuk Perpaduan Negara,” dengan matlamat untuk menyatukan masyarakat melalui pengiktirafan pempengaruh yang membawa mesej positif.

Penganugerahan ini bertujuan untuk mendidik masyarakat bahawa kejayaan dalam platform digital boleh dicapai tanpa perlu mengorbankan nilai moral.

KNKV Viral Award 2025 akan bersiaran secara langsung di TV3 pada 17 Mei 2025, Sabtu, sekaligus membawa acara berprestij ini ke skrin utama rakyat Malaysia.

Terdapat tiga kategori utama influencer berdasarkan jumlah pengikut mereka; Macro Influencers (500,000 hingga 1,000,000 pengikut), Mega Influencers (lebih 1 juta pengikut) dan Celebrity Influencers (lebih 5 juta pengikut).

Lebih 700 pempengaruh dari dalam dan luar negara, termasuk Singapura dan Indonesia, akan terlibat dalam inisiatif ini, menunjukkan kepelbagaian dan pengaruh global KNKV Viral Award 2025.

KNKV Viral Award 2025 juga membuka peluang kepada penaja yang ingin menyokong misi mengubah landskap media sosial Malaysia ke arah yang lebih positif.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami mengalu-alukan penaja yang berminat untuk bersama-sama mencipta persekitaran digital yang lebih membina dan berinspirasi demi generasi masa hadapan.