Kemeriahan aidilfitri nampaknya bertambah enaknya apabila kita dihadirkan dengan pelbagai filem pendek. Terbaharu, Agro Bank pula tampil menyediakan kisah pendek ‘Lebaran Yang Dirindukan’.

Buah tangan terbaharu dari Agro Bank ini dibintangi oleh dua pelakon hebat iaitu Hafidzuddin Fazil dan Syafie Naswip. Kisah yang berdurasi 8 minit ini memaparkan kehidupan para peraih menguruskan hasil laut bagi memastikan setiap rezeki dapat dikongsi bersama.

Seperti yang diungkapkan oleh isteri Pak Ghani, “Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa”, filem ini menerapkan nilai murni dalam masyarakat dalam memahami erti pengorbanan dan kepentingan menghargai hubungan masyarakat.

Selepas menonton kisah Pak Ghani ini, tersuntik rasa hati untuk lebih menghargai usaha para nelayan, melindungi sumber alam serta menjaga kehidupan bermasyarakat.

Tonton filem pendek Aidilfitri berjudul “Lebaran Yang Dirindukan” di media sosial rasmi Agrobank iaitu di YouTube – Agrobank TV, Facebook – Agrobank dan Instagram – @agrobankmy bermula pada 12 April 2023.