Beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bila disebut pasal raya, mesti kita akan terbayang pelbagai juadah yang biasanya disajikan pada pagi raya. Juadah paling wajib bagi kami mestilah rendang. Lagi-lagi kalau rendang itu, masakan emak sendiri.
Dengar cerita, Norman Hakim dan Datin Paduka Iena Azman pun sibuk berentap untuk masak rendang mengikut resepi mak dan mak mertua masing-masing. Nak tau apa jadi? Jom tengok video di bawah ini.
Wah, Stylelah Norman Hakim masak resepi mak mertua, Rendang Hati Ke Hati. Datin Paduka Iena Azman pun boleh tahan skil memasaknya. Mesti mewarisi daripada ibu tercinta kan.
Iklan raya PETRONAS, Rendang SoRaya sebuah anugerah
Iklan raya PETRONAS tidak pernah mengecewakan.
Kali ini, PETRONAS sekali lagi mempersembahkan pada anda sebuah webfilm yang menyentuh hati, sesuai dengan tema rendang tradisi pada kali ini.
Buat anda yang sentiasa tertunggu–tunggu iklan raya daripada PETRONAS, jangan lupa saksikan sebuah webfilm yang bertajuk Rendang SoRaya di akaun rasmi Youtube dan Facebook PETRONAS ya. Selamat Hari Raya!
#RendangSoRaya #PETRONASRaya2019 #AnugerahKita #PETRONAS