Tahukah anda bahawa syarikat e-dagang terbesar di Asia kini sedang membuat jualan dengan potongan harga yang tidak masuk akal? Buat anda yang suka membeli belah secara atas talian, peluang ini mungkin buat anda.

Terbaharu, melalui Shopee Live, anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan pelbagai tawaran semuanya dengan potongan diskaun 50%! Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu menonton secara langsung Shopee Live mulai 8 malam sehingga 12 tengah malam, setiap hari!

Shopee Live ini juga bukan sahaja menawarkan pelbagai tawaran menarik, tetapi anda juga berpeluang memenangi Shopee Coins dan pelbagai hadiah misteri jika anda terus setia menonton Mania Show pada jam 8 malam setiap Rabu yang dihoskan oleh selebriti terkenal Dato’ AC Mizal.

Difahamkan bahawa antara jenama-jenama terkenal yang mengambil bahagian dalam tawaran khas ini adalah Kiehl’s, Maybelline, Habib, Skintific, Sambal Nyet Berapi dari Khairul Aming, Mr Bentong, Best Living Official Store, QQ Baby Shop dan banyak lagi jenama tempatan dan antarabangsa.

Bagi anda yang belum mengetahui cara untuk menonton Shopee Live, mudah sahaja. Anda hanya perlukan buka aplikasi Shopee dan klik ‘Live’ yang terletak di menu di bawah ataupun tekan link di sini.

Tonton mana-mana Shopee Live dari 8 malam sehingga 12 tengah malam untuk dapatkan 50% baucar diskaun, pelbagai tawaran menarik dan peluang untuk menangi hadiah lumayan seperti Sony Playstation 5, Peti sejuk Smeg, Kerusi Urut Gintell, dan lebih dari 1,000,000 Shopee coins pada setiap hari rabu, jam 8 malam – dalam rancangan game show Shopee Live Mania.

Apa tunggu lagi! Jom pakat ajak keluarga, sahabat handai korang untuk tonton ShopeeLive!