Nampaknya Jack Black sudah menghasilkan video ‘gaming’ pertama beliau untuk saluran YouTube miliknya, Jablinski Games.

Menakjubkan apabila baru sehari dimuat naik, ianya sudah mendapat tontonan sebanyak 3 juta. Tidak memilih permainan mainstream yang sedang popular ketika ini, beliau akan membawa anda bermain pinball di Pinball Hall Of Fame.

Bagi Jack Black, sebelum beliau mula bermain permainan video yang sedang terkenal, beliau mahu pengikutknya mengenali permainan dulu-dulu yang menjadi punca adanya permainan video ketika ini. Spa pula permainan video yang bakal Jack Black pilih selepas ini? Terhibur juga menonton video pertama Jack Black ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.