Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki mahu pasukannya agar menampilkan prestasi terbaik ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kumpulan I saingan AFC Champions League (ACL) di laman sendiri hari ini.

Ketika aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Kawasaki hanya mampu mencatat kemenangan 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain dari Brazil, Marcinho dan beliau menganggap pasukan lawan itu sudah bertambah baik sejak kali terakhir bertemu.

Baca Juga:

Untuk aksi di laman sendiri, Toru mahu pemainnya untuk menampilkan prestasi terbaik sekaligus terus berada di puncak kumpulan I dan mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.

“Saya gembira kerana kami mewujudkan situasi di mana kita dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya dengan mencatat empat kemenangan sebelum ini.

“Perlawanan ini akan menjadi aksi terakhir kami di laman sendiri. Jadi kami akan menampilkan persembahan yang bagus dan menyempurnakan misi untuk meraih kemenangan,” kata Toru Oniki.

Kawasaki hanya perlu mencatat keputusan seri ketika menentang JDT untuk melayakkan diri ke pusingn 16 pasukan terakhir sekaligus muncul sebagai juara kumpulan I.